Wednesday, 21 August 2019


Tulips Garden dan White Mosque
Saturday, 13/4/2019

Tulips.....yehaaaa. Sebelum gi Kashmir lagi la duk ngendap-ngendap nak gi  Indira Gandhi Memorial Tulip GardenBila sampai je sana, aduhhhhhh. rasa nak golek-golek gaya hindustan. Cantiknya bunga-bunga tulip. Mabuk jap rasa. Tapi kami tidak boleh masuk abil dekat gambar bunga sebab berpagar. Kachiwaaaaa......

Memandangkan impian untuk ke Keukenhof Tulip Garden di negara Belanda belum tertunai, sekurang-kurangnya taman tulip di Srinagar ini membolehkan saya menyaksikan sendiri kecantikan dan kemeriahan warna bunga-bunga tulip. Ini merupakan salah satu keindahan bumi Kashmir yang sentiasa terbayang-bayang di kotak fikiran saya

Pelbagai warna bunga tulip ni. Rasa seperti tak cukup masa nak ambil gambar. Dengan berlatar belakangkan gunung ganang. Cuaca yang sejuk dan nyaman. Ohhhh haiiii indahnya hidup rasanya.























No comments:

Post a Comment