Saturday, 15 September 2018

Danau Daun Chalet, Janda Baik.


Danau Daun Chalet, seindah namanya. 

Bagaikan berada di chalet di Bali. Berlatarbelakangkan rimba, pepohon merimbun, kami merasakan begitu damai sekali. Terpegun dengan keindahan chalet ini. Bunyi unggas2 hutan  sangat mengasyikkan .


Kedudukannya di tengah-tengah belantara Janda Baik menjadikan ia eskapisme damai terpantas untuk ditujui warga kota. Danau Daun Chalet terdiri daripada lima unit chalet (tiga chalet, sebuah kotej dan annex) 


Tapak Chalet Danau Daun 1 dan 2 dahulunya adalah sebuah paya yang diubah menjadi sebuah kolam yang mengelilingi dua buah chalet kerana terdapatnya aliran air yang berterusan dari sungai. Kayu-kayu daripada pohon yang telah tumbang di sekitar hutan Janda Baik pula dijadikan asas bagi pembinaan chalet-chalet Danau Daun.


Konsep terbuka yang diguna pakai di Danau Daun memberi peluang kepada pengunjung untuk menikmati keindahan alam secara semula jadi.






Kolam yang mengelilingi Danau Daun I dan II pada asalnya adalah sebuah paya yang mendapat aliran berterusan dari sungai berdekatan. 


Menjelang malam, pekarangan Danau Daun diterangi lampu-lampu mini beratapkan pokok nibong Terang bulan dan bintang melimpahi langit juga menyerlahkan kemegahan chalet-chalet kayu di Danau Daun. Bunyi-bunyian cengkerik dan unggas malam mendendangkan simfoni alam merdu yang sempurna meredakan kecamuk jiwa.



Disini  juga disediakan kemudahan kafe bagi pengunjung-pengunjung  dengan pelbagai hidangan menu pilihan dengan harga yang berpatutan. Ruang galeri kafe itu juga  menempatkan koleksi kraftangan dan kesenian. Begitu bijak pemilik menghias, indah tatarias kafe .





Danau Daun adalah rumah kedua semua insan yang mahukan kedamaian. Pagi anda akan ditemani kabus bukit. Isi hari-hari santai anda dengan bersenang-lenang di anjung rumah yang digenangi air sungai. Di pinggir rumah pula tersedia kolam untuk berendam(dipping pool) yang mengalir terus air dari sungai untuk menyejukkan tubuh.



Seni bina Danau Daun lebih ditumpukan terhadap kamar mandi. Ia direka menepati konsep terbuka dengan atap ruangan air pancur (shower) hanya dilapisi jaring bagi memberi pencahayaan semula jadi serta dilatari pohon-pohon hutan. Tekanan air juga bagus dan dua elemen itu yang amat dititikberatkan  dalam menjamin kualiti penginapan mesra alam.




Berpuas hati dengan tempat percutian kali ini. Pasti akan datang lagi buat kesekian kalinya. Merindukan suasana hutan rimba, bunyi unggas, desa yang permai. Bau hutan yang menyegarkan, bagaikan memanggil-manggil lagi kami kesini. Hutannya masih terpelihara dan kondisi jalan untuk laluan kenderaan juga memberi keselesaan pengunjung untuk keluar masuk.

Info Danau Daun Chalets:
Laman web: www.danaudaunchalets.com
Lokasi: Lot 5347, Kg. Sum-Sum Hilir, Kampung Janda Baik, 28750 Pahang
Facebook: Danau Daun Chalets
E-mel: danaudaunchalets@gmail.com













Bersama dengan anak pemilik Chalet Danau Daun Nik Zaid Hanis Nik Mohamed, merangkap pengurus Danau Daun.

Tak sabar kami untuk bersama-sama lagi bercuti disini. InshaAllah kami akan datang lagi.







The Kabin Kuala Selangor


Cuti sekolah datang  lagi. Survey survey mana la tempat menarik nak pergi. Janji dekat dekat sahaja.

Belek punya belek, junpa lah The Kabin Kuala selangor.

Dah lama sebenarnya plan nak ke sana. Kebetulan ana-kanak semua berkumpul. Nak cukupkan 4 org ni bukanya  senang,

Bila dah jumpa website  https://www.thekabin.com.my/ dapat nombor untuk dihubungi, so apa lagi terus call.  Kebetulan ada pulak kosong. Wallaaaaaa!!!!!!!...menjadi nampaknya plan bercuti last minute nih.

Anak-anak pun dah x sabar nak bercuti nih, termasukla Ibunya ye. The kabin ni x lah jauh pun dari Shah Alam. Perjalanan memakan masa lebih kurang 45 minit sahaja.

The Kabinni  boleh memuatkan sehingga 78 orang tetamu pada satu masa, lengkap dengan pelbagi kemudahan termasuk bbq dan swimming pool. boleh katakan yang pengalaman menginap di The Kabin adalah satu pengalaman yang perlu you all cuba.



The Kabin juga adalah lokasi ideal untuk sebarang private functions, perjumpaan, teambuilding, family day, wedding and dan macam-macam lagi.




Ha menariknya di sini, setiap kabin dilabelkan mengikut nama-nama bandar yang popular di dunia seperti Rotterdam, Durban, Santos, Vancouver, Busan dan banyak lagi. 




Agak lapar je, tak perlu risau sebab ada disediakan mini kafe di sini dengan harga yang berpatutan.




Suasana dalam bilik di The Kabin. Kami ambil penginapan memuatkan 6 orang.
Luas dan selesa. Aircond pun sangat sejukkkkkkkkk.





Tak lengkap satu hotel, resort atau tempat penginapan tanpa kolam renang.

Dan ya, kolam renang di The Kabin memang ohsem. Siap ada tulisan ‘The Kabin’ lagi kat dalam tu. Dengan keluasan 90 kaki persegi, anda boleh lepas geram tak boleh mandi laut dengan mandi di sini.



Harga meningap semalam bermula dari RM199 (bergantung kepada saiz kontena) sehingga RM499.

Address: Jalan Haji Zainal, Jeram, 45800 Jeram, Selangor, Malaysia
Phone: +60 17-678 3825
Email: info@thekabin.com.my
Website: http://thekabin.com.my/
Feedback: Sepanjang 1 malam menginap di sini, kami sangat berpuas hati dengan layanan staff yang friendly, dan dengan kelengkapan kemudahan yang ada. Anda mungkin akan rasa kurang selesa sedikit di sini sebab agak panas, mungkin sebab ia sangat berdekatan dengan pantai Remis. Tapi secara keseluruan anda akan berpuas hati dengan menginap di sini kerana dikelilingi suasana kampung yang aman dan damai.