Friday, 19 April 2019

Pahalgam, Kashmir
Wednesday, 10/4/2019

Selesai  solat Subuh, kami dah bersiap-siap nak jalan-jalan kawasan sekitar Pahalgam. Buka je langsir bilik Hotel kami SubhanaAllah....aduhhhh cantiknya pemandangan sekeliling.  Sempat ambil gambar sebelum bergerak ke perkampungan filem Bajrani Bhaijaan...

Pemandangan sekitar hotel kami




naik kuda keliling pekan Pahalgam

view yang cantik semasa perjalanan menuju ke pekan tempay shooting bajrani bhaijaan


Kat sinilah tempat lokasi lakonan Bajrani Bhaijaan. cantikkkkkk sangat uuu olssss...






Betaab Valley, Pahalgam

Srinagar, Kashmir
Tuesday, 9/4/2019


Sambung semula kisah perjalanan kami. Selesai makan tengahari di Star of Kashmir, kami menuju ke Pahalgam yang terletak lebih kurang 95km dari ibukota Jammu-Kashmir Srinagar yang mengambil masa kira-kira 3 jam perjalanan. Sepanjang perjalanan menuju ke Pahalgam, kiri kanan ada saja tentera India yang sedang berkawal. Boleh dikatakan setiap KM. Rasa macam masuk kawsan perang la pulak. Honestly, sepanjang perjalanan ni pemandangan..masyaAllah cantik sungguh. Udara pun sejuk-sejuk nyaman gitu. 


Perkampungan sepanjang perjalanan menuju ke Hotel Mount View Pahalgam


Pemandangandi highway  sepanjang perjalanan ke Pahalgam penuh dengan bunga-bungaan.

Berhenti sekejap ambil gambar. Iaihhhhh... dah mula terasa janam janam janam nih....











Thursday, 18 April 2019

KASHMIR HERE WE COME


8/4/2019
Monday, KLIA - Delhi

Namstee...fefeling India dah rasa nih trip ke Kashmir.  Aih..rasa bagai dalam mimpi. Excited nak ke sana. Duk bayang gaya-gaya hindustan. Selama ni duk tengok cerita hindustan yang golek guling-guling celah-celah pokok kat gunung-gunung, tukar baju berkali-kali..heeee.akhirnya sampai jugak aku yek.

Pengembaraan kami bermula dari KLIA  terbang menuju ke Indra Gandhi International Airport, New Delhi. Perjalanan makan masa 5 jam lebih. Sampai di New delhi kami menginap Hotel Banz, Delhi.




 ready to fly away...chewahhhh......


Kami sampai dengan selamat di Delhi jam 12.30 malam waktu India, mata sangat mengantuk sbb kalau ikut waktu Malaysia dah pukul 2.40 pagi.




9/4/2019
Delhi - Srinagar - Palhalgam

Pagi pertama kami di Delhi Hotel Banz. 







dari hotel Banz kami bergerak ke Airport untk ke Srinagar. Sampailah kami di bumi Kashmir...yehaaaaa!!!! seronoknya. rasa tak sabar nak melalui perjalanan trip Kashmir. Kami berhenti makan di Star  Of  Kashmir. 


Sesampainya kami di Airport Srinagar, dikalung dengan bunga oleh agen disana,

Perhentian pertama kami di Kashmir


Ok kita sambung lagi ye kisah Kashmir ni.