Sunday, 18 August 2019


Gulmarg, Kashmir
Thursday. 11/4/2019

Perjalanan dari Pahalgam ke Gulmarg, memakan masa lebih kurang 5 jam. Penat jugak  lama-lama dalam bas. Tpi disebabkan sepanjang perjalanan ke destinasi, pemandangan kiri kanan sangat cantik. tak terasa lama perjalanan kami.

Kami sampai ke Gulmarg dah malam. Pemandangan kiri kanan tak nampak sangat. Tunggu esok pagilah nak posing2 pun. Tapi dah dapat dengar deruan air sungai yang menenangkan. Dah dapat bayangkan cantiknya view sekitar Gulmarg. Kesejukkan pun dah mula terasa. Terasa kebas jari-jari. Bibir pun terasa kebas. Maklumlah masa kami sampai kami tak lah pakaian tebal  lagi.

Pagi-pagi lagi kami dah teruja nak bergambar sekeliling hotel. Salji memutih sekeliling hotel kami. wahhhhhh. dah lama tak jumpa salji. Last main salji masa kat NZ dulu. Excited nak naik gondola pun ada nih. harap tak gayat la.

Sebelum naik Gondola, kit posing dulu ye depan hotel.





Kami berenam naik gondola ke puncak gunung.  Gondola ni merupan gondola tertinggi didunia.

tinggi kami  naik ke atas.huuuuuu seram gak nampak dari belakang. mujurla saya tak gayat sangat. Mungkin disebabkan gunung ni tak kelihatan curam. Nmapak landai sahaja. Rasa la selamat sikit.



Posing-posing dikemuncak Gunung. 


Panas tau rupanya kat atas kemuncak gunung nih.  Mata pun rasa silau sebab putih salji.





No comments:

Post a Comment