Wednesday 21 August 2019

Taj Mahal
Sunday, 14/4/2019

MashaAllah...cantiknya Taj Mahal. Terkedu rasa bila tengaok depan mata. Tersergam indah. Binaan Oleh Shah Jahan tahun 1631 sempena memperingati pemergian isteri tercinta masih utuh berdiri kukuh. Mumtaz Mahal, sorang puteri parsi yang meninggal ketika melahirkan anak ke-14 mereka.

1632 bermulanya pembinaan Taj Mahal yang menzahirkan kesedihan Shah Jahan setelah kematian Mumtaz Mahal. Makan utama siap pada tahun 1643, manakala bangunan dan taman di sekelilingnya siap kira-kira lima tahun kemudian.

Binaan yang sangat kemas dan halus buatannya serta bercahaya pada waktu malam bila terkena pancaran  bulan, Taj Mahal selayaknya digelar keajaiban dunia. 


Bangunan Taj Mahal dijaga dengan begitu rapi. Kami tidak dibenarkan membawa alatan menulis. Tidak dibenarkan mengambil gambar bahagian dalam Taj Mahal. Dan diberi plastik untuk menyarungkan kasut kami. Memang sangat bersih disekeliling Taj Mahal dan dalam bangunan Taj Mahal ni. 


Selesai melawat Taj Mahal, selesailah trip kami ke Kashmir.  Malam ni dah nak bergerak balik ke Malaysia. Perjalanan yang menyimpan seribu kenangan...betapa indahnya bumi kashmir. Betapa indahnya Taj Mahal.









































































Tulips Garden dan White Mosque
Saturday, 13/4/2019

Tulips.....yehaaaa. Sebelum gi Kashmir lagi la duk ngendap-ngendap nak gi  Indira Gandhi Memorial Tulip GardenBila sampai je sana, aduhhhhhh. rasa nak golek-golek gaya hindustan. Cantiknya bunga-bunga tulip. Mabuk jap rasa. Tapi kami tidak boleh masuk abil dekat gambar bunga sebab berpagar. Kachiwaaaaa......

Memandangkan impian untuk ke Keukenhof Tulip Garden di negara Belanda belum tertunai, sekurang-kurangnya taman tulip di Srinagar ini membolehkan saya menyaksikan sendiri kecantikan dan kemeriahan warna bunga-bunga tulip. Ini merupakan salah satu keindahan bumi Kashmir yang sentiasa terbayang-bayang di kotak fikiran saya

Pelbagai warna bunga tulip ni. Rasa seperti tak cukup masa nak ambil gambar. Dengan berlatar belakangkan gunung ganang. Cuaca yang sejuk dan nyaman. Ohhhh haiiii indahnya hidup rasanya.